Description
Buku Struktur Data dan Algoritma dalam Bahasa Turbo Pascal ini sesuai digunakan oleh pelajar di Institusi Pengajian Tinggi yang mengikuti kursus pengaturcaraan komputer. Buku ini menekankan tentang kaedah dan teknik pembangunan atur cara mengikut prinsip pengaturcaraan berstruktur. Buku ini juga memfokuskan kepada pembinaan algoritma dan struktur data yang digunakan dalam penyelesaian masalah berkomputer. Antara kategori struktur data yang disentuh secara mendalam adalah senarai linear, senarai berpaut, tindanan, baris gilir dan pepohon. Buku ini juga menyentuh kaedah rekursif yang sering digunakan dalam penyelesaian masalah, serta beberapa teknik isihan dan carian. Untuk memudahkan kefahaman, buku ini dilengkapi dengan ilustrasi dan contoh atur cara yang boleh dipraktikkan.