Description
Secara ringkas buku ini membincangkan asas dan sistem laser, kaedah modulasi, jenis-jenis laser dan aplikasi laser dalam pelbagai bidang termasuk sains, metrologi, perubatan, pertahanan, industri dan holografi. Ternyata sekali teknologi laser banyak menyumbangkan kepada kesejahteraan sejagat. Pemakaiannya meliputi hampir segenap aspek kehidupan manusia. Malangnya akhir-akhir ini laser telah disalah guna kerana keistimewaannya dimanfaatkan dalam kancah peperangan. Namun di sudut lain, laser dipertimbangkan bagi membawa dan mewujudkan kemakmuran. Dalam hal ini, laser sedang giat diusahakan untuk menambahkan sumber tenaga dunia. Secara amnya buku ini sesuai untuk semua lapisan pembaca. Kandungannya disampaikan dalam gaya bahasa yang mudah, ringkas dan padat, sesuai untuk para pelajar peringkat pengajian tinggi. Buku ini sesuai dijadikan teks rujukan bagi para penyelidik.