Description
Akta Kerja 1955 merupakan perundangan utama yang mengurus dan mengawal selia hubungan berdasarkan kontrak perkhidmatan antara majikan dengan pekerja di sektor swasta. Buku ini menghuraikan dengan jelas peruntukan Akta Kerja 1955 berpandukan keputusan kehakiman dan contoh-contoh yang sesuai. Secara tidak langsung, buku ini juga menerangkan hak dan liabiliti majikan dan pekerja di sisi undang-undang serta dasar tenaga manusia di Malaysia. Buku ini sesuai sebagai panduan kepada pelajar institusi pengajian tinggi dan juga memenuhi keperluan pekerja dan majikan terutama mereka yang terlibat dalam pengurusan sumber manusia dan kesatuan sekerja.