Akidah Penghayatan Tauhid al–Quran Edisi Kedua

RM45.00

Category: Tag:

Description

Aspek penghayatan akidah tauhid yang menjadi teras serta dasar dakwah bagi semua nabi dan rasul sejak nabi Allah hingga nabi Muhammad SAW menjadi mauduk perbincangan buku ini. Intipati pemahaman akidah tauhid dalam pandangan al–Quran yang berpaksikan kepada dua kalimah syahadah adalah menyeluruh merangkumi setiap aspek kehidupan manusia secara praktikal. Iktikad yang jazam, ikrar dengan lidah dan amal dengan anggota adalah teras kepada akidah tauhid menurut al–Quran dan Sunnah. Mentauhidkan Allah tidak terhenti pada makrifat dan pengakuan tentang keesaan Allah pada dhat, sifat dan af’al sahaja. Malahan Allah SWT itu wajib diesakan juga dalam perkara yang melibatkan aspek amalan mentauhidkan Allah seperti dalam pentadbiran dan pengurusan, ibadat dan pengabdian diri, penetapan hukum–hakam, memohon pertolongan (isti‘anah), takut dan harap (al–khawf wa al–raja), kecintaan (mahabbah) serta penciptaan. Akidah tauhid yang disampaikan oleh al–Quran adalah untuk dihayati dan dimantapkan dalam jiwa. Ia bukannya perdebatan yang bersumberkan falsafah Ilmu Kalam yang bersifat teori mengenal Allah dengan batasan konsep sifat 20 sepertimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam kini. Turut dibincangkan dalam buku ini ialah metod al–Quran dalam membentangkan akidah tauhid; pandangan serta penyesalan beberapa tokoh ulama Salaf terhadap metod Ilmu Kalam yang dianggap menyimpang daripada matlamat sebenar kaedah menanamkan akidah kepada umat Islam; aspek riddah dan perkara yang membatalkan syahadah serta ciri masyarakat berakidah sebenar.

Buku ini amat sesuai untuk rujukan pensyarah, guru agama, imam, bilal, para pelajar di Institusi Pengajian Tinggi, pelajar agama peringkat menengah dan pembaca yang ingin memahami serta menghayati konsep bertauhid menurut saranan al-Quran dan Sunnah.

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index