Description
Buku ini membahaskan tentang dialog al Quran mengenai agama Sabiin, Majusi, Nasrani (Kristian), Yahudi dan juga Musyrikin yang dianggap menyimpang dari kebenaran. Penyimpangan ini berlaku kerana adanya golongan manusia yang berpegang bahawa kebenaran berada dipihaknya dengan menafikan sumber yang benar itu yang didatangkan oleh Allah. AlQuran bercakap dan memberi peringatan kepada mereka agar kembali ke jalan yang lurus. Ungkapan-ungkapan seperti katakanlah wahai manusia, katakanlah wahai orang-orang kafir dan seumpamanya sering ditemui dalam dialog al Quran ini. Dialog alQuran juga mendedahkan kebatilan agama dan mengajak manusia berfikir tentang kebenaran tersebut. Turut dibincangkan ialah budaya dialog seharusnya berlangsung dalam hubungan antara agama pada masa kini. Buku ini amat sesuai untuk bacaan para pelajar (mahasiswa), pendidik, guruguru agama, pengkaji perbandingan agama dan para pencinta kebenaran.



