Description
Kidalton merujuk kota fiksyen yang hanya didiami oleh mereka yang bertangan kidal. Ia simbol kepada keunikan individu yang sewajarnya diapresiasi dan bukan didiskriminasikan. Keunikan dan perbezaan individu dalam pelbagai hal boleh dikaji secara empirikal seperti dalam disiplin sains sosial dan kemanusiaan. Perbezaan individu pula patut dirai untuk kehidupan yang lebih harmoni. Pun begitu, Kumpulan Cerpen: Kidalton mencerakin pelbagai bidang ilmu termasuk agama, falsafah, sains dan kejuruteraan secara estetik demi mengangkat nilai kemanusiaan dan peradaban sejagat. Ini membabitkan 15 buah cerpen yang dihasilkan sejak tahun 1995.