Description
Buku ini memerihalkan kaedah merombak tesis kepada buku. Ia bertujuan membimbing penulis tentang cara mengubah laras bahasa, cara persembahan, nada, dan gaya penulisan tesis agar dapat diterbitkan sebagai buku penyelidikan. Dengan cara ini, banyak ilmu dapat disebar luas serta dikongsikan bersama pembaca di seluruh Malaysia mengenai teknologi dan kajian oleh para penyelidik di Malaysia.
Buku ini ialah sebuah buku yang wajib dimiliki oleh semua ahli akademik, baik di institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta serta institusi-institusi pengajian lain seperti politeknik dan institut latihan kemahiran. Buku ini sesuai dibaca oleh para pensyarah, tutor, penyelidik, dan orang ramai terutamanya bekas pelajar pascasiswazah yang berhasrat untuk berkongsi kajian tesis mereka kepada masyakarat umum dalam bentuk buku yang mudah difahami.