Description
Buku ini memperkenalkan kepada pembaca tentang asas pengaturcaraan web dalam Hypertext Preprocessor (PHP). Perbincangan awal dimula dengan memperkenalkan teknologi web dan perisian sumber terbuka. Kemudiannya, diikuti pengenalan kepada PHP yang merangkumi konsep, sejarah dan keperluan asas sebelum menulis atur cara PHP. Selain itu, terdapat beberapa bab yang menghuraikan pelbagai elemen bahasa pengaturcaraan. Antaranya struktur kawalan, fungsi, rentetan, dan tatasusunan. Bab akhir buku ini pula menerangkan tentang cara membangunkan aplikasi web menggunakan PHP, iaitu sistem penjanaan nombor dan variasi rawak. Buku ini juga turut menyediakan contoh atur cara dan latihan pengaturcaraan bagi memahir dan mengukuhkan lagi penguasaan pembaca dalam pengaturcaraan web. Buku ini sesuai sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran oleh pensyarah dan pelajar, kepada pengaturcara yang ingin mempelajari bahasa penulisan skrip PHP dengan lebih mendalam, serta pembaca umum yang berminat untuk mengenali PHP dan ingin mempelajari asas pengaturcaraan web dengan mudah dan berkesan.