Description
PENYELESAIAN RADIKAL MEMARTABAT PENDIDIKAN TINGGI
Buku berjudul Penyelesaian Radikal Memartabat Pendidikan Tinggi merupakan kesinambungan buku Perutusan Naib Canselor UTM sejak tahun 2008. Buku Perutusan Naib Canselor UTM 2023 ini membawakan kelainan berbanding tahun sebelumnya kerana cakupan bab yang ditampilkan lebih menyeluruh meliputi aspek Pelan Strategik enVision UTM 2025, akademik, penyelidikan, kolaborasi sinergistik, kewangan, kepimpinan dan bakat, kesejahteraan warga universiti, dan kesohoran global. Mesej utama buku ini ialah keperluan terhadap memikir semula strategi, pendekatan dan cara kerja yang radikal melalui pendekatan enVision Moonshot, demi mendepani cabaran negara dan dunia yang semakin kompleks. Buku ini membawakan idea dan fakta yang menonjolkan kecemerlangan UTM dalam segenap dimensi, khasnya akademik dan penyelidikan, sesuai dengan Visi dan Misi Universiti. Buku Perutusan Naib Canselor UTM 2023 ini menjadi santapan minda yang baik buat para pembaca yang mahukan kelainan perspektif dalam merencana agenda Pendidikan Tinggi yang berciri lebih dinamik dan inklusif dengan pendekatan radikal.