Description
Kita ada peranan dan fungsi dalam masing-masing pembentukan sebuah negara yang merdeka. Biar sekecil mana dan siapa pun kita, kita adalah tiang-tiangnya. Seperti juga jutaan sel dalam badan. Melalui gabungan yang mantap, ia mampu membentuk organ, saraf, dan bendalir. Tanpanya, tiada yang boleh hidup. Kita harus bergabung tenaga dan fikiran. Itu ialah kekuatan sebenar kita. Demi agama dan negara tercinta. Kata Laksamana T4 Limfosit lagi. Kali ini suaranya lebih bersemangat.