Novel : Perang Mikrob (Sayembara Fiksyen Sains & Teknologi)

RM23.00

Category: Tag:

Description

Pada tahun 2019, Dr. Lilia, pegawai bioteknologi kanan di Institut Pertanian Putra menghadiri Majlis Pelancaran “Makanan dari Syurga: Makanan Alternatif Masa Kini” di Dewan Seminar Quantum. Lilia sangat skeptikal terhadap makanan hasil genetik yang terubah suai begitu kerana dia tahu akan kesan buruknya. Di makmal, Dr. Lilia mendapati tikus-tikusnya sudah terkesan oleh pemakanan genetik ini.

Dr. Lilia dan Dr. Iskandar semakin serius melakukan pelbagai uji kaji selanjutnya bagi membuktikan kebenaran pendapatnya bahawa makanan terubah suai secara bioteknologi adalah berbahaya. Dalam perjalanan ke pejabat, Lilia terserempak dengan haiwan yang menjadi liar. Di makmal, tiga ekor tikus kajiannya mati. Di pejabat, Pak Din, pengawal keselamatan, dimasukkan ke wad, akibat makanan genetik. Dr. Iskandar dan Dr. Lilia berjumpa dengan majikannya, Dr. Basri, lalu menimbulkan hal ini.

Dr. Iskandar, Dr. Lilia, dan Dr. Basri mengisytiharkan perang terhadap pertanian bioteknologi dengan cara memperbesar ladang organik. Dr. Basri berjanji menemukan mereka dengan Profesor Zawawi di Kementerian Pertanian, orang yang komited terhadap pertanian organik. Mereka berhadapan dengan Rizal yang sangat kuat memperjuangkan makanan bioteknologi ini. Akan tetapi, akhirnya Rizal juga terkena kesan pemakanan FFH ini. Seluruh negara mula huru-hara, dan manusia yang menggunakan makanan genetik mengalami komplikasi yang teruk. Dr. Iskandar dan Dr. Lilia memaklumkan bahawa mikrob perlu digunakan untuk menyembur seluruh ladang FFH. Cerita berakhir dengan kegagalan projek makanan genetik dan kejayaan pihak Dr. Lilia dan Dr. Iskandar.

Research Ecosystem
University Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.